Friday, 9 July 2021

Mendoakan Orang Yang Bersin Jalan ke Syurga

Assalamualaikum semua

Masih ramai yang tidak tahu, salah satu amalan kecil yang berpahala besar yang boleh membawa kita ke syurga adalah mendoakan orang yang bersin.


Rasulullah S.A.W menerangkan, "Allah menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. Apabila orang bersin, lalu memuji Allah, setiap muslim yang mendengar bersin itu wajib mendoakannya. Sedangkan menguap, tidak lain datangnya daripada syaitan. Dia perlu menolaknya sekuat yang mampu, kerana apabila dia menguap sambil berkata 'Haaa', syaitan mentertawakannya". 

Tetapi bagaimana doanya?

Contoh : 

Ahmad bersin. Ahmad ucap Alhamdulillah (Segala puji untuk Allah)

Ali dengar. Ali ucap Yarhamukallah (Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kamu)

Kemudian, Ahmad perlu ucap Yahdikumullah wa yushlihu balakum (Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kamu dan memperbaiki hatimu).

Baiknya Allah, dengan hanya mendoakan orang yang bersin boleh membawa kita menuju ke syurga.

Jom sama-sama kita amalkan. 







No comments:

Post a Comment