Friday, 3 July 2020

Resepi Buat Karipap Homemade

Assalamualaikum semua

Bangun pagi ni terasa nak update blog. Kali ni akak nak kongsi resepi macam mana nak buat karipap homemade.

Alkisahnya mula buat karipap ni masa PKP hari tu. Semenjak tu selalu la asal cukup bahan maka terhasil la karipap yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Senang kan, dah buat bekukan, bila- bila masa rasa nak makan terus je goreng.



Bahan-bahan kulit karipap :

Setengah kilogram tepung gandum

Dua sudu besar marjerin

Dua sudu besar minyak panas

Sedikit garam

Sedikit air


Bahan-bahan Inti karipap ayam 

Seketul Isi aya:m dipotong dadu

Sebiji ubi kentang dipotong dadu

Dua sudu besar rempah kari ayam

Sebiji bawang besar dipotong dadu

Dua ulas bawang putih dipotong halus

Sedikit halia dipotong halus

Sedikit minyak 

Sedikit garam

Sedikit serbuk perisa 

Sedikit air


CARA BUAT KULIT KARIPAP :

Masukkan tepung gandum ke dalam bekas 

Masukkan marjerin dan gaul

Masukkan minyak panas dan gaul

Masukkan sedikit garam dan gaul

Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.

Tips :

Macam mana nak tahu doh dah ok, gaul sehingga adunan tidak melekat di tangan.

Biarkan selama setengah jam


Ok jom kita buat inti karipap pulak...


CARA BUAT INTI KARIPAP :

Panaskan kuali

Masukkan sedikit minyak

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, kacau hingga naik bau

Masukkan rempah kari, kacau hingga naik minyak

Masukkan isi ayam

Masukkan ubi kentang

Masukkan air dan biarkan masak sehingga isi ayam dan ubi kentang empuk

Masukkan garam dan serbuk perisa

Biarkan hingga kering

Tutup api dan biarkan sejuk


NEXT STEP...

Buat doh kecil-kecil (sebesar duit syiling 50 sen)

Leperkan

Masukkan inti dan kelim cantik-cantik. Akak suka kelim manual, tapi kalau nak guna acuan pun ok je, no problem.




Dah siap kelim boleh la panaskan kuali, masukkan minyak dan mula menggoreng karipap. 

Tips : Goreng karipap, api jangan terlalu besar, sedang-sedang je, baru la kulit karipap tak mengelembung.



SELAMAT MENCUBA 😀😀







No comments:

Post a Comment