Saturday, 27 June 2020

Asbab Amal Set Menyusu Shaklee Terpaksa Menyusukan Hingga Anak Umur Empat Tahun

Assalamualaikum semua

Di malam hari sambil monitor anak-anak buat homework terasa nak menulis pengalaman menyusukan anak. Anugerah yang sangat bernilai.

Tak semua ibu dapat menyusukan anak dengan baik. Harus diingat rezeki Allah Taala yang beri. Namun begitu kita juga perlu ikhtiar sehabis baik demi anak tersayang.



Anak sulong menyusu hampir dua tahun itu pun stop sebelum akak melahirkan anak kedua.

Anak kedua menyusu selama empat tahun. Stop pada hari akak melahirkan anak ketiga.

Yang paling mencabar bila menyusukan kembar tak sama umur haha...
Si abang empat tahun bila anak keempat dilahirkan. Dalam satu masa menyusukan kedua-duanya, kiri dan kanan.

Boleh bayangkan tak menyusukan tanpa henti selama tiga belas tahun. Banyaknya nikmat yang Allah beri yang patut disyukuri, Alhamdulillah.

Selama itu juga berat akak maintain tak pernah naik turun ada la. Diri sendiri terasa kekurusan diri ini. Melayang-layang. Hanya dengan menyusukan anak tak perlu nak diet tak makan, makan macam biasa. Dah makan banyak pun berat tak naik.

Salah satu ikhtiar yang menjadi asbab akak dapat menyusukan anak dengan jayanya ialah dengan mengamalkan pemakanan suplemen shaklee.

Antara suplemen yang akak amalkan ialah :

1) ESP
2) Alfalfa
3) Vitalea
4) Vitamin c
5) B complex
6) Ostematrix

Kesemua suplemen yang diambil bukan sahaja membanyakkan susu tetapi lebih kepada mengawal emosi dan hormon ibu supaya sentiasa seimbang di samping melengkap keperluan nutrisi. Ibu menyusu kebiasaannya sibuk uruskan suami dan anak-anak hingga ada ketika pemakanan sendiri tidak dijaga sebaiknya,

Makan asal kenyang dan mana yang sempat. Terkejar-kejar dan pastinya tak selesa. Tidur sesudah makan itu biasa apabila terpaksa terus menyusukan anak. Orang cakap tak boleh tidur selepas makan. Semua diabaikan apabila terlelap semasa menyusukan anak.

Hingga ke hari ini akak masih menyusukan anak yang keempat yang berumur empat tahun. Alhamdulillah.

Selain mengamalkan suplemen akak kongsikan tips lain :

1) Banyakkan minum air putih, 2-3 liter sehari
2) Jaga pemakanan, elakkan makan makanan yang menghalang penghasilan susu
3) Sentiasa jaga emosi supaya penghasilan susu lebih meriah
4) Banyakkan berzikir dan berdoa

Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment