Sunday, 12 August 2018

List Untuk Beli Barang Dapur. Perlukah?


Assalamualaikum semua

Kebanyakan wanita sangat suka satu aktiviti ni. Haha.. boleh teka tak? Nampak ada yang senyum meleret tu, faham la tu. Off course la yang paling suka aktiviti membeli belah atau shopping barang dapur.



Dapat sebulan sekali pun dah suka, inikan pula kalau setiap minggu. Lagi la bertambah suka kan. Kalau hari-hari penat pulak.. hihi

List untuk beli barang. Perlu atau tak?

Ada masa perlu (banyak barang) dan ada masa tak perlu (barang sikit).

Tapi bagi akak lebih banyak kebaikannya jika ada list especially untuk kita berjimat. Selain itu  takde la terlupa beli barang penting dan terbeli barang yang tak penting. Tak cukup pulak bajet nanti.

Macam akak yang anak empat ni selalunya memang angkut anak kalau shopping barang dapur. Ye la, memang la rasa susah sikit kan tapi terpaksa la, mana pulak nak tinggal budak-budak tu.

Macam baru-baru ni akak buatkan list awal-awal. Alhamdulillah masa tu budak-budak ni nak berkepit je dengan ayahnya.

Dapat la akak feel lebih sikit nak pilih sayur dan ikan yang segar bugar tu kan. Akak pass je list yang akak dah buat awal tu dekat empat beradik dan ayahnya bersama troli. So barang-barang kering diorang la yang setelkan.

Cuma masa tu akak la pulak terlupa nak ambik troli lain terpaksa la gunakan dua tangan yang ada ni terkepit-kepit dibuatnya.

Tapi lebih cepat prosesnya kalau buat camtu.

Serious kalau dapat shopping dengan senang hati sangat-sangat membantu. Boleh jadi terapi jiwa untuk wanita macam akak ni.

So kalau tanya akak perlu atau tak list barang dapur?

Jawapannya YES 😊


No comments:

Post a Comment