Saturday, 3 March 2018

Tanda-Tanda Usus Bermasalah

Assalamualaikum semua

Sekali fikir macam tidak logik tetapi bila difahami dengan lebih lanjut semakin jelas kebenarannya.



Baru-baru dapat berita seorang kawan kepada kawan di pejabat telah kembali ke rahmatullah asbab kanser usus.

Umur masih muda dalam 30 an. Memang akak tidak kenal tetapi terlintas di fikiran muda-muda lagi sudah dijemput Ilahi. Betul ajal maut di tangan Tuhan tetapi harus kita mengambil iktibar di atas apa yang berlaku. Setiap kematian sentiasa memberi peringatan kepada yang masih hidup.

Setiap hari kita perlu makan untuk meneruskan kehidupan. Pengambilan makanan yang seimbang sentiasa dititikberatkan. Bukan saja-saja tanpa tujuan tetapi pasti ada sebabnya.

Meneruskan kehidupan yang sibuk membuatkan kadang-kadang tanpa sedar usus kita mengalami masalah. Tanpa kita sedar.

Di sini akak kongsikan beberapa tanda-tanda yang dikenalpasti sebagai usus bermasalah :

1 - mengalami sakit sendi yang kerap 
2 - mengalami sakit perut yang kerap
3 - mengalami cirit birit yang luar biasa
4 - sistem imun rendah menyebabkan kerap demam
5 - sering berasa bimbang

Jika kita mengalami salah satu daripada tanda-tanda yang tersebut di atas maka perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Rawatan awal penting bagi mencegah ia supaya tidak melarat lebih teruk. 

Amalan mengamalkan pil pencuci usus satu atau dua kali seminggu membantu usus lebih bersih. Lebih lanjut boleh baca di sini Bahaya sembelit

Semoga bermanfaat untuk semua.



No comments:

Post a Comment