Saturday, 7 October 2017

Tips bantu Ibu Ada Anak Kecil Nak solat

Assalamualaikum semua

Solat tiang agama. Walau apa jua keadaan ia jadi kewajipan kepada kita sebagai seorang Muslim yang wajib menyembah Yang Maha Kuasa.


Tiada alasan yang boleh kita berikan untuk tidak solat. Kalau terlupa atau tertidur kita mesti qadha solat tu balik.

Namun begitu sebagai ibu yang ada anak kecil sudah semestinya akan berhadapan dengan cabaran ketika nak solat.

Susah nak khusyuk. Memang jadi kat akak sendiri. 

Sekarang Baby Nisa dah 11 bulan. Memang dah merangkak dah jelajah 1 rumah. Pastu kalau jumpa je benda kecil laju je nak masukkan dalam mulut. Baru2 ni korek dalam mulut dia jumpa skrew mengucap panjang ibu nasib baik tak telan. Allah pelihara.

Antara tips yang akak buat untuk cuba khusyuk solat ;

1 - pastikan anak kenyang
2 - tutup suis kipas supaya tak tersepit jari
3 - kalau macam Akmal dah 3 tahun akak akan ajak dia solat sama2; kena make sure ada sejadah khas untuk dia
4 - pastikan takde masak apa2 kat dapur
5 - selalu solat kat ruang yang kecil contoh dalam bilik supaya dia tak pergi jauh
6 - bagi dia main mainan yang sesuai berdekatan tempat kita solat
7 - solat awal waktu supaya tak kelam kabut
8 - cakap kat dia ibu nak solat ni. Mungkin dia belum faham tapi percaya la lama2 dia akan faham
9 - jangan lupa berdoa kepada Allah moga Allah permudahkan kita dan lindungi anak kita
10 - Tawakal

Jangan putus asa, Allah pasti mudahkan kita yang penting kita berusaha. 

SEMOGA BERMANFAAT !


No comments:

Post a Comment