Wednesday, 13 September 2017

Tips pemakanan : Suku Suku Separuh

Assalamualaikum semua

Apa yang kita makan hari ini menentukan tahap kesihatan diri kita sendiri. Jika kurang sihat apa yang perlu dibuat ialah check semula apa yang dimakan. 


Merujuk kepada kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat setiap hari.


Suku Suku Separuh. 

Apa ke bendanya tu? Bukan susah pun nak faham tapi agak susah orang nak amalkan kalau hati tak kental main hentam je makan.

Haha... apa2 pun kena la cuba dulu ye. Yang paling senang nak faham kita cuba amalkan untuk setiap hidangan kita setiap hari mesti ada separuh sayur2an plus buah2an (serat), suku ikan atau ayam (protein) dan suku nasi (karbohidrat). Kebiasaannya orang ambik suku je serat, suku  atau separuh protein dan separuh karbohidrat... akak la tu. Tu yang sampai jadi bertambah2 makan tu. Mujur susah nak naik berat kalau tak, faham2 la ye...

Mungkin rasa susah nak ikut tapi kalau dah biasa nanti dah jadi rutin akan jadi lebih mudah. Yang penting kena la cuba dulu ok dan konsisten.

Moh la kita sama2 amalkan pemakanan sihat bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga tercinta... jejoms !

Mudah2an kita dijauhi daripada penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang kurang baik 😊


No comments:

Post a Comment