Tuesday, 12 September 2017

Resepi Mak : Kari Ikan Tenggiri

Assalamualaikum semua

Sesekali nak jugak akak kongsikan resepi kat blog ni kan. Macam biasa la resepi off course mak yang bagi. Tak ingat sejak bila mak ajar tapi mungkin bila dah selalu kena tolong mak kat dapur secara tak langsung melekat jugak di ingatan kan. Tu la untungnya, kalau malas tolong memang tak kan ingat la kan... hihi


Gambar macam biasa la kan.. gambar ihsan dari Mr google sebab hari ni tak masak pun kari ni. Kalau kat Penang kami panggil ni gulai ikan bukannya kari ikan tapi di tempat lain off couse orang panggil kari kan...

BAHAN2 :

Bahan A -
5 sudu kecil minyak masak
5 biji bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu kecil halba campur
Setangkai daun kari

Bahan B -
1 setengah paket Rempah kari ikan
3 biji bawang merah ditumbuk halus
Sedikit Air asam jawa

Bahan C -
5 ketul ikan tenggiri

Bahan D -
Setengah kotak kecil santan pekat

Bahan E -
5 biji bendi@2 biji terung
2 biji cili hijau@muda (nak pedas letak cili api)

CARA MASAK :

1. Panaskan periuk@kuali
2. Masukkan minyak masak dan tumiskan bahan A dan kacau sehingga kekuning2an dan naik bau
3. Masukkan bahan B dan kacau hingga naik minyak (pastikan guna api kecil sahaja)
4. Masukkan bahan C dan kacau
5. Masukkan bahan D dan kacau hingga mendidih dan masukkan sedikit air (hingga tenggelam ikan)
6. Setelah mendidih masukkan bahan E dan kacau lagi, biar selama dua hingga tiga minit dah siap dan tutup api.

Dah sedia untuk dihidangkan, senang je kan...

SELAMAT MENCUBA 😊



No comments:

Post a Comment