Thursday, 14 September 2017

Pentingkah Berinteraksi Dengan Janin

Assalamualaikum semua

Berinteraksi dengan janin? Pentingkah? Sebagai ibu bapa kita perlu faham bahawa pendidikan awal kanak2 bermula sejak bayi masih dalam kandungan.


Menurut kajian ketika kandungan berusia 5 bulan, ia dah boleh mendengar.. wow ! Sistem pendengarannya sudah cukup matang sehingga ia boleh mendengar bunyi2an di luar rahim. Ibu2 digalakkan bercakap dengan janin mereka.

Tapi bagaimana nak berinteraksi dengan janin?

Don't worry be happy... Akak kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan :

1) Bercakaplah dengan janin - nak senang rakam je suara ibu, ayah dan adik beradik yang lain supaya apabila lahir ia mudah mengenali suara. Contohnya bagi salam "Assalamualaikum.... ini ibu!"

2) Bacakan cerita - tak kisah dia faham ke tak kan baca je untuk asah kecerdasan emosi dan empati anak2

3) Usap atau tepuk perut dengan lembut - Ia membantu janin rasa lebih tenang dan mudah memberi reaksi. Melalui sentuhan proses komunikasi menjadi lebih berkesan

4) Perdengarkan alunan ayat2 suci Al Quran dan muzik yang bersesuaian - ia membantu menambah potensi kecerdasan anak selain membantu mendidik anak bertauhidkan Allah

Kalau dah dibiasakan ia akan menjadi mudah... simple jer, semua orang pasti boleh buat 😊

SEMOGA BERMANFAAT ❤









No comments:

Post a Comment