Wednesday, 23 August 2017

Tips rangsang anak petah bercakap sejak bayi

Assalamualaikum semua



Nak anak petah bercakap kita sebagai ibu bapa perlu rangsang sejak anak masih kecil. Sejak bayi bermakna bawah umur 1 tahun.



Hari ni akak nak kongsi beberapa Tips :

- Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda.

- Ulang-ulang dan ulang.

- Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku.

- Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk oral motor).

- Ajar "flying kiss" bersama dengan gerakan mulut dan tangan.

- Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut.

- Beri arahan sambil guna pergerakan badan.

- Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri "tatatata" atau "nananana" sebagai tanda kita berminat untuk mendengar.

- Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut.

- Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya "Ini kucing, bunyi kucing "meoww"".

- Abaikan telefon bimbit semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan.

- Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai.

- Jangan cakap pelat dengan anak.

Perkara paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah elakkan gangguan gajet atau televisyen, banyakkan masa bercakap dengan anak.

Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada 'background" tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan. Anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan tidak patut (auditory filtering).

Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tip di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya.
 
Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment