Tuesday, 8 August 2017

Tips Jaga Mata

Image result for tips jaga mata


 Assalamualaikum semua

Bila Humaira mula mengadu macam tak nampak sangat akak pulak yang risau. Mula2 tu tak buat apa2 action lagi.

Baru2 ni banyak kali pulak dia mengadu hal yang sama.. tak sedap hati la pulak. Dah rabun ke? Umur baru 10 tahun... Tambahan pulak dah nak exam. lagi la risau. Last2 semalam bawa la jugak pegi Fokus Point kat Giant Batu 9.

Bila dah check results dua2 belah mata kiri dan kanan sama rabun jauh 75 dan silau 50. Tiada pilihan..  terus pilih spek yang sesuai untuk dia. RM295. Ok la kan. First spek kita tengok dulu macam mana. Harap2 ok. Nampak reaksi dia tak sabar, siap tanya bila boleh siap. Biasa la mula2 memang excited kan...

Hmmmm.. sayur tak nak makan pastu selalu main handphone ibu dalam gelap kan dah rabun.. apa2 pun redha je la ketentuan Tuhan. Walau pun rabun kena la usaha lebih jaga mata supaya mata semakin sihat dan kurang rabun dan silaunya...

Tiada yang mustahil kan.

Tiba2 rasa nak share tips macam mana nak jaga mata 👀

X kisah la dah memang pakai spek atau pun belum kita mesti jaga kurniaan Allah ni kan.. tiada ganti.

MOGA BERMANFAAT...

Tips 1 : MAKAN MAKANAN MATA
😊Cari la makanan yang bersumberkan Vitamin A, C dan E dan amalkan setiap hari
😊Nak senang akak cadang telan je CAROTOMAX

Tips 2 : BUAT SENAMAN MATA
😊Gosok kedua tapak tangan sehingga rasa panas pastu letak kat mata. Ulang 3-5  kali. Boleh buat setiap hari especially kalau mata rasa letih atau sakit
😊Mulakan dengan mata melihat ke atas, pusing 10 kali arah jam dan lawan jam
😊Urut perlahan di dahi hingga ruang antara kening

Tips 3 : REHATKAN MATA
😊Tidur secukupnya
😊Setiap 50 minit menghadap handphone atau komputer rehatkan mata selama 10 minit

SELAMAT MENCUBA 😊


No comments:

Post a Comment