Sunday, 9 July 2017

Gigih usaha dan sabar kunci kejayaan

Assalamualaikum semua

Terkesan dengan kata2 my sifu Master Norita. Di satu lebuhraya setiap orang ada destinasi sendiri. Ada yang memandu di lorong paling kiri, ada yang di lorong kanan dan ada yang di tengah.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Kita yang tentukan cepat atau lambat dan bagaimana kita nak capai impian kita. 
Tapi jangan dilupa semuanya dengan izin Yang Maha Kuasa.

Kena banyakkan bersabar jika hendak berjaya. Cepat atau lambat itu bukan perkara utama. Yang harus kita buat ialah teruskan berusaha dan teruskan melangkah.

Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Coretan ini akak tulis sebagai pesanan kepada semua terutamanya kepada diri sendiri yang mudah lalai dan lupa kepada Yang Memberi Rezeki.

Rasa dah all out buat macam2 tapi kalau belum sampai masanya Allah nak bagi kita kena redha.

Yang penting kita kena sentuasa ingat Dia.

Setiap masa yang terluang perlu diisi dengan sebaik2nya supaya kita terus tidak menambah dosa apabila lupa padaNya.

Biasakanlah sentiasa membasahkan bibir dengan zikir kepada Allah. Mudah2an terampun segala dosa kita, In shaa allah.. amin

Mudah2an juga dipermudahkan jalan kita menuju ke puncak kejayaan...








No comments:

Post a Comment