Tuesday, 11 July 2017

Bayi pun suka dengar cerita?

Assalamualaikum semua

Bayi pun suka dengar cerita? Eh... ye ke? 

Akak kongsikan beberapa tips bagaimana kita sebagai ibu bapa nak bercerita kepada bayi terutamanya...




Bercerita tak semestinya kita kena membaca buku cerita. Masa pun tak spesifik sangat maknanya boleh buat semasa bayi tengah makan, mandi atau didukung.

Alat pula tak semestinya guna mainan tapi boleh lebih kreatif gunakan apa yang mudah dan yang memang dah ada di rumah. Contohnya jadikan botol susu sebagai kapal selam atau mangkuk plastik sebagai kapal angkasa. Boleh juga bagi peluang bayi untuk pegang dan rasa sendiri alat yang kita gunakan supaya pancaindera sentuhnya dapat dirangsang.

Gunakan intonasi suara yang berbeza ketika bercerita.

Gunakan gerakan pantomin semasa bercerita contohnya bercerita mengenai kuda melompat kita boleh melakonkan dengan aksi melompat juga dan menunjukkan ekspresi muka yang sesuai.

Berceritalah dengan sepenuh hati yang ikhlas.

Bercerita bukan hanya pesanan dan tauladan tetapi kisah sehari2 juga menarik untuk diceritakan.

Hadkan waktu bercerita 2 - 5 minit sahaja.

Berceritalah dengan sabar kerana respons bayi berbeza daripada kanak2.

Tips yang terakhir akak ingin berpesan cerita juga seperti sajian yang lazat. Jika ia dihidang dengan menarik tak mustahil anak2 akan menikmatinya dan akan ketagih.

Selamat BERCERITA 😊

No comments:

Post a Comment