Friday, 12 May 2017

Tips Ajar Anak Mengira


Assalamualaikum semua

Anak2 dah pandai mengira. Alhamdulillah...Tapi jika belum jangan risau dan jangan pula buat tak tahu jer..


Akak kongsikan beberapa tips yang boleh kita ikhtiarkan bersama...

1. Gubah lagu sendiri - contoh lagu.. 

satu...satu... adik sayang Allah... dua... dua... sayang ibu ayah...
tiga... tiga.. sayang semuanya...

ulang nyanyi banyak2 kali... dan setiap hari...

2. Buat aktiviti mengira contohnya naik tangga sambil mengira - selalu akak balik dari ambik Akmal kat Taska sempat la mengira nombor 1 hingga 10, suka la dia...

3. Beri tugasan berkaitan nombor - contoh minta tolong ambikkan pampes adik satu.

4. Biasakan dengan buku yang berkaitan nombor - bila dah selalu tengok nombor2 sedikit sebanyak anak2 akan dapat ingat

5. Belajar melalui persekitaran contohnya ketika bayar bil atau tol atau parking - ummm... kebanyakan transaksi atau pembayaran dibuat secara online susah la sikit nak pakai tips ni kan...

6. Suruh anak baca no plat kenderaan - setiap kali sampai kat parking kan ada banyak kereta. so boleh la minta anak bacakan...

7. Minta anak tengok jam - bila kita kat dapur dan anak kat ruang tamu cuba minta anak tengokkan jam pukul berapa. Mula2 mungkin anak akan cakap jarum pendek pukul dua jarum panjang pukul 6. Lama2 ia akan biasa dan pandai tengok jam

8. Guna flash card - selain buku boleh gunakan flash card yang ada nombor dan gambar

9. Minta anak2 involve dalam urusan berjualbeli - bila nak beli barang tanya nak bayar berapa dan berapa baki jika ada. Ni dah advance dah ni.. 


SEMOGA BERMANFAAT DAN SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment