Friday, 5 May 2017

Susahkah Nak Bercerai Susu

Assalamualaikum semua

Semenjak lahir sudah dibiasakan dengan minum susu ibu hingga umur 2 tahun. Tiba2 nak stop ! Ia satu proses yang agak mencabar bagi si ibu dan si anak.


Silap2 boleh demam si anak tau.

Walaubagaimanapun kita sebagai ibu boleh ikhtiar beberapa cara. Akak sendiri tidak pernah menggunakan cara yang mendukacitakan anak. Dalam kata lain tidak pernah memaksa anak stop breastfeeding. Ia berlaku tanpa dipaksa.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Akak kongsikan di sini :

1. Minggu 1 - Berhentikan susu di siang hari
Setiap kali si manja mahu menyusu, alihkan perhatian dia dengan memberi jus atau air masak. Buat aktiviti bersama juga amat digalakkan.

2. Minggu 2 - Berhenti menyusu di malam hari. Minta tolong pasangan menidurkan si kecil
Dalam tempoh waktu tersebut, ibu bolehlah bawa anak-anak lain keluar sebentar. Ini adalah supaya si kecil tidak terganggu dengan bunyi-bunyian dari kakak dan abangnya dan juga menangis kerana mahukan ibunya.

3. Minggu 3 - Berhenti menyusu tatkala anak bangun malam
Haa..yang ni betul-betul perlukan kekuatan emosi si ibu dan bapa. Masa ni, kalau anak tak dapat apa dia nak, confirm nangis kuat. Apa yang ibu boleh buat ialah, kentalkan jiwa, pujuk dengan nada tegas bahawa kalau anak mahu tidur dengan ibu, berhenti menangis, atau minta si bapa tidurkan anak. Jika hati tidak kental, buatlah solat tahajud kerana menurut pengalaman seorang ibu ini, dari tahajudlah beliau peroleh kekuatan mental dan emosi pada waktu itu.

4. Minggu 4 - Berilah makan di siang hari, pada minum petang dan supper sebelum tidur.
Bila perut si manja dah kenyang, takde la dia bangun tengah malam minta susu lagi.
Bagi setiap proses, sekiranya tidak berjaya, ibu buat step tersebut hingga berjaya. Yang penting, ibu konsisten. Dan doa banyak-banyak selalu.

Kesemua cara2 di atas amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Bantuan dan sokongan si ayah amatlah diperlukan dan amat membantu. Tak boleh la nak harapkan si ibu je, stres nanti tau.

Selamat mencuba ya ibu2 dan ayah2 sekalian. Semoga berjaya !

Jangan lupa selain ikhtiar banyakkan berdoa ok.


No comments:

Post a Comment