Tuesday, 16 May 2017

Sumber Kalsium Selain Susu

Assalamualaikum semua

Tak semua orang boleh minum susu. Mungkin disebabkan oleh sebab tekak tak boleh telan atau ada faktor yang lain. 


Tak boleh minum susu tak bermakna tak boleh dapat sumber kalsium ye. Banyak lagi sumber yang lain. Kalsium amat penting untuk kekuatan tulang dan gigi terutamanya. Jadi tak boleh la diabaikan pengambilannya setiap hari ye.


Akak kongsikan di sini sumber kalsium yang lain selain susu ye :

20  Sumber Makanan yang Mengandungi Kalsium yang Tinggi :

1. Keju
Keju merupakan makanan yang bahan dasarnya adalah susu. Keju memiliki hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, fosforus, lemak dan kolesterol. Namun ingat susu juga akan menyebabkan ganguan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

2. Yogurt
Yogurt, adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Yogurt boleh dibuat dari apa saja jenis susu termasuk susu kacang soya. Namun kebanyakan yogurt sendiri dibuat dari susu sapi. Yogurt juga merupakan makanan tinggi kalsium kerana bahan dasar susu yang sudah pasti memiliki sebahagian besar kandungan gizi susu.

3. Sayuran Hijau
Siapa sangka ternyata dalam sayuran pun terdapat kandungan kalsium yang tinggi dan kia dapat manfaatkan untuk memenuhi keperluan kalsium. Sayuran yang mengandungi kalsium tinggi iaitu brokoli dan bayam.

4. Kacang soya
Tahukah anda, kacang soya juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi. Jika satu cawan kacang soya direbus tanpa dicampuri garam, maka akan menghasilkan 261 mg kalsium. Selain itu, ada juga olahan dari kacang soya yang juga bermanfaat, iaitu susu soya.

5. Ikan Salmon
Ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Selain itu 3 auns salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181 mg kalsium.

6. Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering dapat memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan tubuh. Buah kering menawarkan 135 mg kalsium untuk 5 jenis buah kering.

7. Kacang Putih
Kacang putih memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi. Di dalam 100 gram kacang putih terdapat 442 mg kalsium. Kacang putih termasuk ke dalam kategori kacang dengan kandungan kalsium yang tinggi. Pada umumnya kacang putih memiliki kandungan kalsium sebanyak 175 mg / hidangan.

8. Lobak
Sayuran yang biasa dimasak di dalam sup sayur ini mengandungi kalsium yang tinggi iaitu sekitar 200 mg / batang. Memakan sup sayur yang dicampur lobak selain memenuhi  keperluan vitamin A juga dapat dijadikan salah satu cara untuk memenuhi keperluan kalsium

9. Biji Wijen
Siapa sangka biji wijen memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Dalam 1 auns biji wijen terdapat 280 mg kalsium, jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah kalsium dalam 1 gelas susu.

10. Susu soya
Selain soya, susu soya juga kaya akan kalsium iaitu sekitar 300 mg kalsium, jika dihidangkan tanpa dicampur dengan makanan lain.

11. Jeruk
Buah yang satu ini sudah tentu tidak asing bagi kita. Jeruk boleh ditemui dihampir setiap tempat. Selain memiliki kandungan vitamin C, jeruk juga memiliki kandungan kalsium sebanyak 60 mg

12.Oatmeal
Oatmeal merupakan makanan yang baik bagi jantung, kaya dengan serat dan mengandungi karbohidrat. Selain itu oatmeal juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi, dalam 1 mangkuk oatmeal mengandung 105 mg kalsium.

13. Ikan Sardin
Sardin merupakan hasil olahan dari ikan laut yang ditinkan dapat memenuhi 33 % kalsium yang diperlukan tubuh. Ambillah ikan sardin minima 1 minggu 1 kali.

14. Tofu
Tofu adalah makanan yang dibuat dari endapan soya yang difermentasikan, sama juga dengan tauhu. Tofu ini biasanya dipanggil tauhu versi jepun. Tofu sendiri lebih sedap dan kurang tahan terhadap pengolahan. Kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, tofu sendiri dicadangkan sebagai makanan pengganti susu.

15. Kale
Merupakan sayuran yang termasuk ke dalam jenis kubis atau lebih sering dikenal dengn kol. Dalam setiap 1 cawan kale terkandung 90 mg kalsium. Dengan kata lain 3-5 cawan kale akan lebih bermanfaat daripada 1 gelas susu.

16. Kinoa / quinoa
Kinoa / quinoa merupakan tanaman serealia semu yang selama ini menjadi makanan bagi masyarakat asli Red Indian di Pegunungan Andes, Amerika Selatan. Kinoa disebut serealia semu kerana bijinya bukan dihasilkan dari padi. Daunnya dapat dimakan sebagaimana bayam biji. Biji kinoa sangat ideal sebagai sumber gizi kerana mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi. Jika dimasak, 1 cawan kinoa memberikan 60-100 mg kalsium.

17. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran yang termasuk dalam jenis kubis. Brokoli bermanfaat bagi kesihatan bahkan dapat dikatakan bahawa brokoli merupakan sayuran dengan kandungan kalsium tertinggi iaitu 180 mg.

18. Kacang Almond
Kacang almon yang biasa digunakan sebagai makanan adalah kaya dengan vitamin E. Selain itu kacang almond juga mengandungi 70-80 mg kalsium.

19. Pisang
Pisang adalah jenis buah-buahan yang sudah tidak asing lagi bagi kita. Kerana pisang terdapat dihampir semua tempat. Pisang kaya mineral seperti kalium, magnesium, fosforus, besi, dan kalsium.

20. Ostematrix
Supplemen kalsium yang dilengkapi dengan gabungan magnesium dan vitamin D untuk kesan penyerapan kalsium ke dalam tulang yang lebih optimum. 4biji tablet OsteMatrix bersamaan 1,000mg kalsium, cukup untuk sumber harian yang diperlukan oleh tubuh.

Rasa macam susah je nak amal yang 19 sumber kat atas tu. Setiap hari nak konsisten, boleh ke? Nak mudah akak telan je 4 biji ostematrix ni setiap malam. SETEL !

SEMOGA BERMANFAAT DAN SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment