Wednesday, 3 May 2017

Pentingnya Sentuhan Skin to Skin

Assalamualaikum semua

Pernah dengar tak sentuhan "skin to skin" atau "kulit ke kulit"? Pengalaman melahirkan anak memang sangat istimewa. Hanya ibu2 dapat merasainya. Nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata2.


Selepas berjaya melahirkan khalifah kecil kurniaan Yang Maha Esa diserahkan kepada si ibu. Selepas disahkan jantinanya bayi diletakkan di atas payudara si ibu tanpa dibersihkan terlebih dahulu. Memang terasa kehangatan si kecil.

Kenapa ia dibuat begitu?

1. Sekurang2nya kesakitan si ibu ketika mempertaruhkan nyawa melahirkan si bayi akan berkurang sedikit demi sedikit. 

2. Si bayi pula akan merasa lebih tenang dan dapat memahami bahawa payudara si ibu adalah tempat yang selamat.

3. Bayi dan ibu akan rasa lebih selesa dan membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima

4. Menggalakkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi, seterusnya bantu memulakan penyusuan

5. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi

6. Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi

7. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula di dalam darah bayi

8. Bayi akan kurang menangis. Ia akan mengurangkan tekanan dan penggunaan tenaga bayi

Terbaru pengalaman melahirkan baby Nisa sentiasa dalam ingatan walaupun 6 bulan sudah berlalu 👧👧👧


Kepada ibu2 yang bakal melahirkan rasai lah sendiri nanti ye dan semoga menjadi detik terindah ok...

 

No comments:

Post a Comment