Tuesday, 9 May 2017

Makanan Yang Harus Elak Diberi Kepada Bayi

Assalamualaikum semua 

Memang teruja tau bila bayi dah genap umur 6 bulan. Alhamdulillah.. Nisa pun dah 6  bulan pada 28 April 2017. Bila check up misi pesan jangan bagi makan nestum atau cerelac. Misi galakkan bagi makan bubur nasi yang dicampur bersama ayam atau daging dan sayur2an.



Dalam keterujaan tu juga akak cari juga maklumat  Makanan Yang Harus Elak Diberi Kepada Bayi. Penting tau.

Sebagai ibu bapa kita patut elak bagi bayi :

1. Jus - lebih baik bagi makan buah

2. Makanan yang diproses - daripada bagi sosej atau nuget lebih baik buat dengan olahan sendiri dengan mencampurkan ayam dan sayur, lebih berkhasiat

3. Minuman bikarbonat - kandungan gula amat tinggi akan merosakkan gigi dan terbukti tidak berkhasiat malahan memudaratkan

4. Biskut - kandungan gula amat tinggi akan merosakkan gigi dan terbukti tidak berkhasiat malahan memudaratkan, boleh mengakibatkan obesiti, lebih baik bagi buah

5. Agar2 - kandungan gula, pewarna dan perisa yang tinggi boleh memudaratkan

6. Putih telor - boleh akibatkan alahan, ruam, kembung perut dan sembelit

7. Kacang - boleh akibatkan alahan yang teruk hingga menyebabkan kesukaran bernafas 

8. Makanan laut - kandungan merkuri yang tinggi walaupun kaya dengan protein. 

Ok la nanti akak sambung lagi untuk next article ok, semoga bermanfaat...

http://www.wasap.my/60173657125
Facebook akak : Norhayati Zainon

No comments:

Post a Comment