Wednesday, 10 May 2017

Makanan dan Minuman Yang Tidak Sesuai Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua

Semua orang tahu ibu menyusu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Walau bagaimana pun ibu menyusu juga perlu tahu ada makanan yang perlu dielakkan.



 Akak kongsikan di sini antara makanan yang perlu dielakkan ialah :

1. Makanan yang terlalu banyak buah2 citrus - seperti lemon, limau, oren yang boleh mengganggu saluran usus dan sistem penghadaman bayi yang belum matang. Kesannya boleh mengakibatkan terjadinya ruam lampin. Disyorkan makan buah2an tropika seperti mangga, jambu batu dan epal.

2. Makanan laut yang tinggi kandungan merkuri - seperti ikan yu, todak dan tenggiri. Kesannya boleh menggangu otak dan sistem saraf bayi. Disyorkan makan udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar kerana rendah kandungan merkurinya.

3. Makan makanan yang diketahui menjadi punca alahan - Bayi mungkin alami alahan yang sama.

4. Minum minuman alkohol - bukan sahaja dilarang dalam Islam malahan ia akan dirembeskan ke dalam susu ibu.

5. Minum minuman berkafein - pengambilan teh, kopi, minuman tenaga, minuman berkarbonat dan minuman bercoklat boleh mengakibatkan bayi terganggu tidurnya.

6. Bawang putih -  makan terlalu banyak dikhuatiri mempengaruhi rasa dan bau susu.

Akak mengesyorkan si ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang.



Selain itu si ibu juga perlu banyakkan minum air putih yang secukupnya untuk menampung keperluan bendalir dalam badan.


Semoga bermanfaat untuk semua...





No comments:

Post a Comment