1. Tunggulah bayi umur dua bulan
Memanglah tak sabar nak kurus, tetapi tunggu bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini nak bagi tubuh menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, anda kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet).
 
2. Kerapkan susu anak
Lagi kerap anda susukan anak, lagi cepat lemak anda tersingkir. Tapi yang paling ketara cepat kurus kalau anda boleh susukan anak sekurang-kurangnya sampai bayi berumur 6 bulan ke atas.  Cubalah, ibu!
 
3. Kalori kena jaga, bukan main hentam
Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu anda pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus. 
 
4. Jangan abaikan cara berat turun
Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.
 
5. Minum air walau diet
Ibu, kalau kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, ini akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketara ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas).
 
6. Senanam kena teruskan
Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.
 
7. Pilih makanan sihat
Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya. 
 
Nah, ini beberapa petua paling senang untuk ibu muda yang mahu badan kembali kurus selepas bersalin. Jangan lupa kongsi dengan rakan anda yang lain, selamat mencuba!