Wednesday, 12 April 2017

Viral.... Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum semua



Semenjak dua menjak ni dah jadi viral pulak kuih keria gula melaka ni. Dah lama adanya kan tapi akak sendiri tak pernah try sebelum ni.


Terpanggil nak share resepi tapi bila akak nak buat tu tak tahu lagi... Makan dah banyak, berbiji2 dah... hehe


RESEPI 1 :

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

Yang sira gula melaka yang leia buat
2 ketul gula melaka sederhana (berat dalam 90gram, sebab leia buat 2 adunan keria ni ya) 2 @ 3 sudu makan gula pasir (ikut rasa manis yang anda inginkan) 6 sudu makan air
Cincang gula melaka supaya senang dan cepat cair, masukkan dalam kuali bersama dengan gula pasir dan air. Mask sampai gula cair/larut , mendidih dan pekat dan gula jadi macam bertali sma macam kita nak masak untuk sira yang biasa. Pastu tutup api dan masukkan kuih keria tadi dan digaul rata. Pastu bolehlah dihidangkan. SELAMAT MENCUBA


RESEPI 2 :
Resepi Keria Gula Melaka yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah, boleh ikut resepi di bawah kerana Che Nom sudah cuba berkali-kali sehingga dapat resepi keria yang sedap dan menepati selera.
Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:
  • Gula melaka,
  • Gula batu 
  • Gula putih.
Selamat mencuba :)

Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 20 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuih keria:
  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
  5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

Tips

  • Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
  • Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.

No comments:

Post a Comment