Thursday, 27 April 2017

Foremilk versus Hindmilk

Assalamualaikum semua

Belajar term baru hari ni. Bukan baru pun sebenarnya dah pernah tengok sendiri cuma hari ni belajar term baru. Firemilk dan Hindmilk.


Apa bendanya tu?

Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara. Ia dihasilkan semasa awal penyusuan yang bersifat cair dan mengandungi banyak air. Biasanya bayi akan menerima foremilk dahulu.Tahap laktosa yang tinggi terdapat dalam foremilk, adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Oleh itu ibu-ibu tidak perlu begitu risau sekiranya warna susu kurang pekat dan cair.

Hindmilk pula dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. kebiasaannya hindmilk didapati di akhir penyusuan apabila bayi sudah menghabiskan Foremilk. Warna susu hindmilk ini lebih pekat berbanding susu foremilk dan warnanya agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.

Bagaimana terhasil ?

Akak kongsi kat sini :


Apa fungsinya ?


Semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment