Friday, 14 April 2017

Bagaimana Simpan Susu Ibu

Assalamualaikum semua

Sebelum mula pam susu dan buat stok ibu2 perlu ada pengetahuan bagaimana nak uruskannya supaya ia menyenangkan dan mengikut saranan yang betul. Baik untuk ibu dan bayi dan juga baik juga untuk pengasuh atau penjaga anak2.


Akan rasa susah kalau tak berilmu dan in shaa allah akan dipermudahkan jika ada ilmu di dada.

Digalakkan si ibu mengepam susu setiap 3 jam sekali. Setiap sessi biasanya mengambil masa 30 - 60 minit bergantung kepada kuantiti susu.

Berdasarkan pengalaman akak sendiri akak akan pam selama 40 minit. Kebiasaannya akan dapat 12 hingga 17 oz. Alhamdulillah... ada rezeki untuk anak.

Selepas pam akak akan masukkan dalam botol atau plastik khas yang direka untuk menyimpan susu ibu. Kebiasaannya akak akan guna plastik je sebab nak jimat ruang atau tempat nak simpan stok tu. Kalau ada ruang yang besar takde masalah la kan nak simpan dalam botol pun.

Oleh sebab akak selalu pam di tempat kerja jadi akak akan simpan stok susu tu di dalam beg khas yang diletakkan bersama gel ais yang telah dibekukan terlebih dahulu. X susah pun kan. Jadi stok susu itu akan tahan sejuk sementara menunggu balik ke rumah di waktu petang. Senang kan... Berapa lama stok susu boleh tahan bergantung kepada di mana ia di simpan. Di sini akak kongsikan tempoh penyimpanan stok susu tersebut.

No comments:

Post a Comment