Wednesday, 1 March 2017

Senang ke Susah Jadi Work At Home Mom

Assalamualaikum semua

Seminggu dapat dua hari je pun dapat jadi Work At Home Mom (WAHM).. tu pun dah syukur sangat. Dapat la merasa kan pahit manis nya kan...

Rutin harian yang tak pernah habis. Memasak, cuci pinggan mangkuk, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju dan banyak lagi.

Itu belum masuk bab nak monitor anak2 buat homework. Bab gaduh jangan cerita la kan. Tak larat nak larang sampai satu masa sampai ibu diam je.

Menjaga dan mendidik 4 orang anak bukan satu kerja yang mudah. Stres jugak kadang2... sebab tu setiap hari memang x boleh miss telan b complex.

Buat bisnes dari rumah sebenarnya agak mencabar. Menjawab pertanyaan Customer tak kira masa adalah menjadi satu kewajipan.

Walau bagaimana pun harus diingat keluarga adalah menjadi keutamaan.

Jangan pulun sales sampai keluarga terabai ok.






No comments:

Post a Comment