Monday, 13 March 2017

Risau Anak Belum Lancar Membaca

Assalamualaikum semua




Ada satu perkara yang agak merisaukan akak sekarang. Aqil masih belum lancar membaca. 

Sebagai ibu bapa memang rasa lain sebab Humaira, anak sulong umur 7 tahun memang dah boleh membaca buku cerita.

Sekarang  Humaira dah boleh tolong reply wassap customer kalau ibu busy masak atau busy layan adik2nya.

Tak ade masalah untuk dia untuk menaip atau mengeja kalau nak wassap maksu kat Mesir tanya homework Bahasa Arab.

Takde masalah kalau ibu minta tolong wassap ayah suruh belikan roti.

Baru betul2 faham sekarang. Lain anak lain tahap kefahamannya. Mungkin Aqil agak slow bab membaca tapi dia laju bab mengira berbanding Humaira.

Hari ni laju jer akak search kat google.

Antara Tips Yang akak rasa boleh membantu dan akak akan cuba :

1) PILIH TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MEMBACA - yang penting selesa dan cukup cahaya

2) BACA BUKU BERSAMA ANAK - kualiti masa bersama
 

3) JADIKAN MEMBACA RUTIN HARIAN - Perasan tak selalu balik rumah buka Astro atau ambik handphone main game. Jom tukar ! At least masukkan dalam jadual dalam 15 - 20 minit pun dak ok sebagai permulaan




4) NYANYI LAGU A.B.C SAMA2 - Anak2 suka menyanyi kan? Jangan marah. Apa kata sekali sekala nyanyi bersama2... Mesti anak suka.




5) JADI CONTOH YANG BAIK - Jangan suruh anak baca buku tapi kita ambik handphone main game, atau scroll FB. Kepimpinan melalui teladan. So anak baca buku kita pun baca buku at least bertambah juga ilmu kita kan.



Banyak lagi tips lain. Tapi akak nak buat yang 5 ni dulu. Jom sama2 kita bantu anak2 kita.

Semoga masa yang kita laburkan untuk anak2 kita berbaloi.

Semoga kita sama2 berjaya !

No comments:

Post a Comment