Saturday, 25 March 2017

MLM... X suka la.

Assalamualaikum semua


Tengah buat apa tu? Akak rasa nak share 1 kisah ni...

Ada ke yang suka MLM?


Serious cakap akak pun tak suka... 😂

Sejak dari dulu akak seorang yang akan say NO kalau ada yang offer untuk sertai MLM.

Cakap la macam mana pun, pujuk la.. memang tak pernah akan tergugat hati ni tau. Punya la keras hati.

Pernah satu hari ada kawan ajak join Shaklee. Dia cakap sampai bila nak kerja untuk orang lain? Dia cuba yakinkan boleh dapat income lebih dari gaji pada masa tu. Tak jalan juga, alasan masa tu "tak minat".

Sehingga satu hari asyik scrol FB tanpa tujuan terbaca status seorang kawan lain yang sekarang adalah upline akak hari ini. Kami pernah bekerja bersama di bawah satu bumbung. Dia ambil keputusan berhenti kerja sebab masalah kesihatan anak yang baru lahir. Terdetik di hati, seronok juga hidup dia lepas resign buat shaklee, dapat jaga anak, income pun mahsyuk...

Dalam masa yang sama tengah cari suplemen untuk cergaskan badan yang asyik terjelepuk je kat umah lepas balik keje. Haha...

Start dengan beli beberapa suplemen daripada upline. Dapat pulak free gift lagi la excited. Barang free sape tak suka kan..

Selepas beberapa bulan konsisten makan suplemen saya buat keputusan join ahli. Hanya 1 sebab masa tu "nak dapat harga ahli lebih murah". Tiada sebab lain.

Setahun berlalu, baru terbuka hati nak buat bisnes Shaklee. Masa tu baru lepas pantang anak ketiga. Bila mula dihimpit kekangan kewangan, anak bertambah off course la perbelanjaan pun bertambah tapi income masih tidak berubah.

Apa nak buat?

Nak buat kuih, nak menjahit, tak pandai.

Masa tu tak nampak yang lain dah, hanya Shaklee.

Mula belajar dari upline. Alhamdulillah upline seorang yang sangat sabar dan tak lokek ilmu. Dia ajar satu persatu.

Dia di Penang dan akak di KL. Hanya wassap sumber untuk kami bertemu dan berbincang secara online.

Seingat akak baru 2 kali kami bersua muka sepanjang bersama shaklee.

Alhamdulillah...

Perasan beberapa perkara.. Tanpa dipaksa join Shaklee. Tanpa dipaksa juga mulakan bisnes Shaklee. Mesti ada sebab kan kita buat dengan rela hati.

Bermula dengan berkongsi tentang khasiat produk shaklee melalui pamplet.

Alhamdulillah.. ramai juga yang bertanya. Itu pun dah buat kita excited kan. Tu belum customer nak order lagi. Cukup untuk buat kita lebih bersemangat.

Pertama kali dapat bonus Shaklee lebih kurang RM30. Mungkin rasa susah nak cukupkan uv dan layak dapat bonus.

Memang susah kalau buat seorang. Tapi jika berjemaah ia akan lebih mudah. Itu lah MLM sebenarnya. It's about networking.

Selama mana kita mampu nak bekerja menggunakan kudrat? Selagi kita sihat boleh la kan. Andai satu masa kita sakit dan tak mampu bekerja satu hari nanti at least kita sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan kewangan.

Sudah sampai masanya kita berubah ke arah yang lebih baik dan efektif. Selama berada bersama Shaklee kami diberi tunjuk ajar.

Mungkin kita perlu bekerja keras pada mulanya. Itu tidak dapat dinafikan. Bekerja keras ke arah TIME AND MONEY  FREEDOM.

Alhamdulillah... setiap bulan akak dapat bonus Shaklee. Sedikit sebanyak sangat2 membantu menambahbaik kesihatan dan kewangan keluarga. Itu lebih baik kan.

Masih banyak yang perlu dipelajari dan akan terus dipelajari.

Jalan menuju kejayaan bukannya mudah namun jika kita teruskan melangkah pasti satu hari nanti diizinkan Allah jadi milik kita.


No comments:

Post a Comment