Saturday, 4 March 2017

Kenduri Kahwin dan Ragam Anak Part 1

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah.. pagi2 lagi dah bangun. Nak pegi kenduri kahwin je pun tapi bersiap mengalahkan nak balik kampung... hahaha... nak siapkan 4 orang anak agak mencabar sebab dah set nak bertolak pukul 12 tengah hari.


Kebanyakan baju En Suami yang siapkan. Tolong padankan dan sekaligus siap iron sekali. Lengkap package ni kan. Terima kasih abang sado.

Ibu lebihnya mandi dan siapkan baby Nisa dan Abang Akmal Hafiz. Kakak Maira dan Abang Aqil mandi dan siap sendiri tapi jenuh nak suruh.... leka je. Jadi singa jugak ibu kadang2. Tapi kalau En Suami ada kat umah kurang la sikit kesingaan ibu. Tu yang x boleh skip telan B Complex tu.. kurangkan stres... cover la sikit kan. Lagi pun anak2 lagi senang ikut arahan ayahnya. Sekali suruh ja dah buat. Kalau ibu dah macam nyanyi lagu macam2 rentak pun tapi x hairan pun anak2 ni kadang2. Sabo je la...

Kalut2 siap on time jugak. Alhamdulillah...

Sampai kat dewan kami ikut rombongan pengantin lelaki. Sepupu suami yang kahwin. Semua dah ready, masuk la ke dalam dewan dengan iringan paluan kompang. Nak dijadikan cerita ada sorang budak ni terus suruh ayah dia dukung, sambil tutup mata dan telinga. Takut bunyi kompang rupanya, memang kuat sangat pun. Betul2 kat belakang. Ibu dok risau kat baby Nisa takut dia terkejut. Rupanya baby Nisa steady ja. Akmal Hafiz yang lebih takutnya. Sampai ke sudah mood tak ok dan meragam ja. Makan pun idok. 

Cerita bab makan kalau pegi kenduri memang ibu makan paling lama sekali selalunya. Setel anak makan baru ibu makan. Tapi lain pulak hari ni. Pastikan baby Nisa kenyang dulu minum susu, pastu ibu makan dulu sementara En Suami layan kerenah Akmal Hafiz. Agak terkejar2 la jugak. Sebab nanti giliran En Suami pulak makan. Rasa agak kurang nikmat tapi syukur Alhamdulillah.. kenyang.





Balik kenduri sempat lagi shopping kat Ramly Burger 😊


Sekian untuk hari ini.

Sok kita sambung cerita part 2 pulak ok 😉.

No comments:

Post a Comment