Tuesday, 7 March 2017

Ibu menyusu : Nak kurus macam mana asyik lapar ajer?






Assalamualaikum semua

Dilema hebat bagi kaum wanita selepas bersalin adalah memikirkan cara nak kurus walau pun anak masih menyusu badan. Jangan risau, anda boleh cuba pratikkan langkah ini tanpa menjejaskan penghasilan susu, jom baca 👧👧




1. Tunggulah bayi umur dua bulan

Memanglah tak sabar nak kurus, tetapi tunggu bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini nak bagi tubuh menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, anda kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet).



2. Kerapkan susu anak

Lagi kerap anda susukan anak, lagi cepat lemak anda tersingkir. Tapi yang paling ketara cepat kurus kalau anda boleh susukan anak sekurang-kurangnya sampai bayi berumur 6 bulan ke atas.  Cubalah, ibu! Jangan putus asa tau.



3. Kalori kena jaga, bukan main hentam

Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu anda pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus. 



4. Jangan abaikan cara berat turun

Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.



5. Minum air walau diet

Ibu, kalau kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, ini akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketara ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas).



6. Senaman kena teruskan

Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.



7. Pilih makanan sihat

Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya. 

*** Pengambilan suplemen juga dapat membantu. Boleh cuba :

ESP - TAMBAH TENAGA DAN MILK BOOSTER
OMEGA @ LECITHIN - PECAH DAN BAKAR LEMAK
ALFALFA - BUANG TOKSIN DAN MILK BOOSTER



Selamat mencuba! 

Berminat?? Sila hubungi Yati di talian 017 - 365 7125 atau add fb https://www.facebook.com/Nor Hayati dan jangan lupa like fanpage Yati https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Sihat-Cantik


* Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.

No comments:

Post a Comment