Wednesday, 22 March 2017

Demam Campak Vs Chicken Pox

Assalamualaikum semua


Chicken pox

Orang selalu sangkakan yang chicken pox itu ialah demam campak dan demam campak itu ialah chicken pox. Walhal, keduanya ialah dua penyakit yang berbeza.
Baru2 ni kat badan Akmal gatal2 tumbuh gelgata macam ni. Tapi sat je. Sapu Herbal Cream Shaklee ok la. Alhamdulillah...

 Gelgata

Seminggu lepas tu dah tumbuh macam lain pulak.  Sebagai ibu dah agak mungkinkah chicken pox? Diam je tak nak sebut. Pergi klinik dan betul, doktor sahkan memang kena chicken pox. Lega sebab bukan demam campak.

Apa beza demam campak dan chicken pox?
 
Demam Cacar is Chicken Pox 

Demam campak is Measles @ rubeola

 Demam campak
 
Semua orang akan diserang chicken pox and measles ke?

Ya! chicken pox semua orang tak kira baby, budak, orang muda, tua semuanya akan dialami sekali seumur hidup dan tak mustahil boleh diserang dua kali..bergantung pada sistem imun masing-masing. So, jaga-jaga... hahaha. Measles pula. boleh dicegah melalui suntikan rubella.

Boleh berjangkit tak?

Ya, both of it boleh berjangkit dan boleh merebak dari seorang kepada seorang.

Apa beza measles and chicken pox?
Measles selalunya akan mengalami gejala jangkitan pada saluran pernafasan and naik ruam merah pada badan. Chicken pox pula, demam and timbul ruam peluh macam cacar air tu. Ish! geram je nak picit. Sebabnya, gatal yang amat! Alhamdulillah Akmal ok jer... nampak boleh tahan lagi... Bukan main aktif lagi, setakat ni dia tak demam. Nampak bintik2 tu pun dah makin kering. Memang sapu krim shaklee jugak. Mudah2an cepat la hilang parut tu nanti.

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :
* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasi penyakit cacar air?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
* Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
* Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
* Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Berminat nak cuba krim shaklee?? Sila hubungi Yati di talian 017 - 365 7125 atau add fb https://www.facebook.com/Nor Hayati dan jangan lupa like fanpage Yati https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Sihat-Cantik


* Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.


No comments:

Post a Comment