Thursday, 16 February 2017

Tips Menyusukan Bayi





Pengalaman menyusukan bayi adalah satu detik yang amat membahagiakan. Namun begitu, kita perlu banyak bersabar. Bagi menjadikan ia terus menjadi detik yang lebih indah kita perlu ada ilmu dan tahu tips yang boleh membantu. Jika kita stres ia akan mengganggu pengeluaran susu.

Di sini saya kongsikan beberapa tips :


1) Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.



2) Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.



3) Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur



Diharap dapat membantu. 

Berminat dengan suplemen Shaklee ?? Sila hubungi Yati di talian 017 - 365 7125 atau add fb https://www.facebook.com/Nor Hayati dan jangan lupa like fanpage Yati https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Sihat-Cantik


* Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.




No comments:

Post a Comment