Wednesday, 22 February 2017

Kesan Kekurangan Kalsium Kepada Ibu Hamil dan Ibu Menyusu


"Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap Osteoporosis" Muda2 dah kena pakai gigi palsu... huhuhu... Nauzubillah.. x dapat nak bayangkan.
 
Risiko ibu hamil dan menyusukan bayi jika kekurangan KALSIUM adalah sama. Kesihatan kedua-dua wanita ini membawa kesan secara langsung kepada anak yang dikandung dan disusui. Selain memberi kesan kepada anaknya, si ibu juga berisiko menghadapi kesan-kesan kekurangan kalsium.Di sini akak kongsikan: 

Kepada Ibu Hamil
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 milligram kalsium seharian iaitu tambahan 300 hingga 500 milligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa. Ini bermakna seseorang itu perlu mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ramai di kalangan ibu-ibu hamil hari ini kurang mengamalkan pengambilan susu, samaada tidak meminatinya atau mempunyai masalah untuk menerima laktosa.
 
Selain produk tenusu, ibu hamil boleh mengamalkan makanan pejal yang tinggi zat kalsium sebagai contoh sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis. Walaupun ibu hamil telah mengambil pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan.
 
Fungsi KALSIUM untuk Ibu Hamil
  • Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Kalsium penting untuk pembekuan darah.
  • Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
  • Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
  • Kalsium dalam badan si ibu diserap oleh bayi semasa memebesar untuk proses pembentukan tulang.
  • Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
Kepada Ibu Menyusu
Bagi wanita yang menyusu, penghasilan susu amat memerlukan kalsium yang banyak.  Kalsium merupakan anatara komponen terpenting dalam penghasilan susu ibu.Kalsium yang cukup membantu si ibu mendapat rehat yang lebih berkualiti. Melegakan otot dan saraf si ibu dan mengelakkan dari tekanan. Kalsium menghindari dari gigi mudah rosak dan mendapat sakit tulang. Jika si ibu tidak mendapat cukup kalsium, mereka akan mengalami masalah seperti di atas kerana keperluan kalsium dalam tubuh si ibu telah diberi kepada anak untuk pertumbuhan mereka melalui susu si ibu.
Tanda-tanda kekurangan Kalsium Dalam Badan
  1. Mudah mengalami kekejangan otot atau kebas tangan dan kaki
  2. Sukar tidur (insomnia)
  3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4. Sakit pinggang dan kaki
  5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6. Luka susah sembuh dan darah lambat beku 
  7. Kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, dan mengakibatkan sakit sendi
  8. Menurunkan kadar metabolisme
  9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  11. Rambut gugur bagi ibu-ibu yang baru bersalin
  12. Gigi mudah mereput
  13. Kuku senang patah
Jika dianalisis kebanyakan kita kurang sedar akan kesan-kesan yang berlaku ke atas diri kita akibat kekurangan kalsium. Rata-ratanya melihat kalsium hanya diperlukan oleh golongan kanak-kanak yang membesar untuk pertumbuhan mereka dan golongan tua bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali golongan usia pertengahan mengambil berat pengambilan kalsium dalam diet harian mereka.
 
 Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium antaranya ialah:
  • produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
  • sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
  • ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardine dan salmon.
  • produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.
 
Adakah Ostematrix Shaklee Dapat Membantu??
 
Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron bagi membina matriks tulang yang kuat.
 
Kenapa Ostematrix?? 
Kerana badan kita bukan sahaja memerlukan tulang yang kuat, tetapi MATRIKS tulang yang kuat seumpama sebuah bangunan untuk membina 'simen' yang mampu menyambung tulang-tulang kalsium tadi.
 
Ramai yang tidak tahu bahawa pil kalsium yang baik dan selamat ialah pil kalsium yang mudah hancur dalam masa yang singkat. Banyak yang berlaku, pil kalsium yang tidak hancur dalam perut boleh mengakibatkan masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder stone). Jika menghadapi masalah ini pembedahan terpaksa dilakukan. Masalah ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengambil pil kalsium yang berkualiti dan segera hancur setelah memasuki perut.
 
Ostematrix merupakan tablet kalsium keluaran Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dihasilkan dengan piawaian klinikal dan hasil kajian bertahun-tahun, maka terhasil pil kalsium yang berkualiti tinggi dan semestinya HALAL. Mudah hancur sejurus memasuki perut dan membekalkan keperluan kalsium harian 100% menurut piawaian US RDA.

Pastikan anda Ibu Hamil dan Ibu Menyusu yang mementingkan keperluan kalsium untuk kebahagian dan kesihatan anda dan bayi anda. Jangan sesekali mengabaikan kalsium dalam diet harian anda.
Pilihlah Ostematrix Shaklee yang berkualiti dan dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian anda.

Berminat?? Sila hubungi Yati di talian 017 - 365 7125 atau add fb https://www.facebook.com/Nor Hayati dan jangan lupa like fanpage Yati https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Sihat-Cantik


* Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.

No comments:

Post a Comment