Thursday, 24 September 2015

Penyakit Batu Karang dan Tips!

Bagaimana ia terbentuk?
Secara asasnya ia terbentuk apabila zat kalsium bercampur dengan bahan2 lain dalam badan dan akhirnya membentuk 'batu'. Pemendapan pelbagai bahan kimia di dalam air kencing pada keadan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya batu2 kecil sebagai kristal. Apabila bahan2 lain mula terkumpul atau bertompok di atasnya lama kelamaan akan membesar dan terhasil 'batu karang'. 


Jenis Batu karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
 

Faktor risiko?
Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita. Ini adalah kerana lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
 


Tanda2 Sakit Batu Karang?

  •  Sakit di bahagian abdomen di sisi kiri dan kanan pinggang
  •   Sakit yang amat sangat seolah2 sakit hendak bersalin dan berdenyut2
  •   Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh2
  •   Sukar atau langsung tidak boleh kencing
  •   Kencing berdarah dan bercampur nanah
  •   Demam dan menggigil
  •   Tubuh merasa lemah, muka pucat dan kulit kering. Kadangkala badan akan membengkak terutamanya di bahagian muka

Tips2 !!

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. 
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.  
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.  
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol
  • Mengambil suplemen. 


Baru2 ni juga ada customer yang bertanyakan tentang suplemen yang sesuai untuk merawat penyakit ini.

Dan saya syorkan 8 suplemen penting :

1) Vivix – Minuman yang mampu membaiki sel, DNA, meningkatkan fungsi otak, imuniti dan sendi. Anda boleh lihat kelebihan tonik ajaib ini
2) B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
3) SR Vita-C -mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
4) OsteMatrix – Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
5) Alfalfa Complex – Mengurangkan keradangan akibat batu karang
6) Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
7) Omega Guard - Membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.
8) Lecithin - Mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.

Yang rasa susah nak telan banyak2 suplemen boleh terus consume si merah tonik Ajaib Vivix ni...

Antara Testimoni Vivix


Berminat?? Sila hubungi Yati di talian 017 - 365 7125 atau add fb https://www.facebook.com/Nor Hayati dan jangan lupa like fanpage Yati https://www.facebook.com/pages/Vitamin-Sihat-Cantik

* Supplemen / vitamin bukanlah ubat. Pengambilan supplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet harian yang tidak seimbang.












 




 

No comments:

Post a Comment