Monday, 28 September 2015

Tips Murah Rezeki



Subhanallah... baca blog Irfan Khairi tadi... 

Elok rasanya kita kongsikan bersama... 
Kadang2 mungkin kita dah usaha kuat cari rezeki tapi hasilnya kurang memberangsangkan..

Fikir2kan..  
Tips Murah Rezeki..

Jom sama2 kita amalkan...


1. Selalu berhubung dan melawat ibu bapa/orang tua. Sedekahkan al Fatihah sentiasa pada mereka stak kira masih hidup atau telah meninggal dunia.

2. Rezeki rumah tangga bermula dengan pasangan suami isteri. Suami isteri bahagia, maka rezeki akan datang mencurah selalu. Suami isteri sering bergaduh, rezeki pun susah untuk datang.

3. Beri makanan kepada kucing (dan juga haiwan lain). Amalkan kalau lihat kucing terbiar dan dalam keadaan tak cukup makan, cepat-cepat singgah 7-11 atau kedai berhampiran untuk sedekahkan makanan.

4. Dalam keadaan kesempitan rezeki, minta kepada Allah swt selalu, dan bukan minta-minta pada orang. Allah swt akan menyediakan rezeki yang segera. (Hadis Diriwayatkan At-Tirmizi)

5. Pastikan rezeki yang kita dapat itu berkat. Kerana rezeki yang tidak berkat, tak kira banyak mana pun tidak akan rasa cukup di hati. Rezeki yang berkat Allah swt akan cukupkan dan memberi lebih lagi.

6. Jangan terkejar-kejar duniawi oleh kerana ia tak akan habis. Kejar akhirat dan dunia akan ikut sama.

7. Syukur dengan apa sahaja yang kita miliki walaupun sedikit. Perasaan bersyukur itu akan mencukupkan kita dan akan dibukakan lagi pintu rezeki yang pelbagai.

8. Beristighfar selalu dan Allah swt akan keluarkan kita dari sebarang kesempitan dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

9. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.

10. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi. Kalau kita beri RM10, mana tahu nanti kita akan dapat semula RM100 InshaaAllah!


TIPS2 LAIN...
 
Kalau kekurangan wang ... SENYUMLAH ...


 Kalau kekurangan wang ... AMALKAN SOLAT SUNAT DHUHA ..


  Kalau kekurangan wang ... AMALKAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH ..



Saturday, 26 September 2015

Senggugut dan Suplemen

 

Wanita dan senggugut dapat dipisahkan. Senggugut berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. 

Thursday, 24 September 2015

Penyakit Batu Karang dan Tips!

Bagaimana ia terbentuk?
Secara asasnya ia terbentuk apabila zat kalsium bercampur dengan bahan2 lain dalam badan dan akhirnya membentuk 'batu'. Pemendapan pelbagai bahan kimia di dalam air kencing pada keadan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya batu2 kecil sebagai kristal. Apabila bahan2 lain mula terkumpul atau bertompok di atasnya lama kelamaan akan membesar dan terhasil 'batu karang'. 


Jenis Batu karang